Menu
Sel darah merah Masalah dan kepentingan klinikalPenyakit-penyakit umum yang berpuncakan sel darah merah ialah:
Sel-sel darah merah boleh mengalami perubahan bentuk akibat pengaruh osmosis tanpa daya luar memandangkan sel-sel ini memiliki akuaporin, protein di membran plasma yang membenarkan aliran molekul air secara cekap. Dalam keadaan tekanan osmosis rendah seperti air tawar, molekul air akan memasuki sel darah merah hingga menyebabkan sel darah merah membesar dan pecah, iaitu proses hemolisis. Sebaliknya, keadaan tekanan osmosis tinggi pula menyebabkan molekul air keluar dari sel darah merah lalu mengecut, yakni krenasi.
Meskipun tahap kepekatan isotonik bendalir manusia ialah 0.9%, proses hemolisis mula berlaku pada tahap 0.5%. Membran sel yang kurang sempurna akibat masalah seperti sferositosis keturunan boleh memudahkan masalah hemolisis.[24]
Transfusi darah ialah proses pemindahan darah dari badan seseorang ke badan yang lain. Darah yang dipindahkan akan disaring dahulu untuk memastikan tiada penyakit bawaan darah seperti HIV dan Hepatitis B yang wujid dalam darah. Kemudian, kumpulan darah yang diterima pula ditentukan sebelum pemindahan diteruskan. Sel darah merah yang didermakan akan disimpan ke dalam bank darah sebagai sel marah merah padat (pRBC).
Menu
Sel darah merah Masalah dan kepentingan klinikalBerkaitan
Sel (biologi) Selangor Selangor F.C. Selawat Selena Gomez Sel darah merah Selangor F.C. B-23 Selum Sellapan Ramanathan Sell Your Haunted HouseRujukan
WikiPedia: Sel darah merah http://adsabs.harvard.edu/abs/1954Natur.173..848R http://adsabs.harvard.edu/abs/2007PNAS..10417977B http://adsabs.harvard.edu/abs/2008PNAS..10516432W http://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/bv.fcgi?call=bv.... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2084282 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2575437 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3678267 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11055079 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/13165664 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/13402080